Dr. Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa esok.

Beliau mengumumkan keputusannya untuk berhenti di sidang akhbar pada jam 4.30 petang di pejabat kementeriannya di sini.

Maszlee, 45, yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, telah meluangkan masa pada pagi ini di hari pertama persekolahan tahun 2020 di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan media berasingan, beliau merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang selama 20 bulan untuk mengemudi KPM.

“Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai warga pendidik dan aktivis akademik. Saya juga ingin menyatakan epndirian, sokongan dan ketaatan tidak berbelah bagi saya kepada beliau dan parti, saya PPBM,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau seterusnya berkata perletakan jawatan beliau bukanlah sebaliknya satu permulaan yang baharu kepada reformasi negara menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan utama dan percaya asas dan hala tuju pendidikan tersemat dalam tiga kalimah iaitu ‘pendidikan untuk semua’.

Dr. Maszlee adalah anggota parlimen Simpang Renggam. Beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan pada 21hb. Mei 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.

Beliau memperkenalkan penggunaan kasut sekolah warna hitam.