Elak Lawatan Tidak Penting Ke Wuhan, China

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting ke Wuhan, China, serta lain-lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan coronavirus.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata rakyat Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya memberikan keutamaan tertinggi kepada aspek kesihatan serta keselamatan diri masing-masing dengan mengambil langkah berjaga-jaga, di samping mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Nasihat perjalanan itu dikeluarkan susulan keputusan pihak berkuasa China menyekat sebarang perjalanan keluar dari Wuhan berkuat kuasa Khamis (23 Jan), di samping keputusan beberapa syarikat penerbangan menggantung operasi penerbangan mereka di Wuhan sehingga notis selanjutnya.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan konsular boleh menghubungi pejabat diplomatik Malaysia terdekat, dari senarai berikut:

1) Pejabat Kedutaan Malaysia in Beijing: https://www.kln.gov.my/web/chn_beijing/home

2) Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou: https://www.kln.gov.my/web/chn_guangzhou/home

3) Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong: https://www.kln.gov.my/web/chn_hong-kong/home

4) Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming: https://www.kln.gov.my/web/chn_kunming/home

5) Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning: https://www.kln.gov.my/web/chn_nanning/home

6) Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai: https://www.kln.gov.my/web/chn_shanghai/home

7) Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an: https://www.kln.gov.my/web/chn_xian/home

8) Malaysian Friendship & Trade Centre, Taipei: https://www.kln.gov.my/web/twn_taipei/home