Empat Zon Di Bawah PKPD Berakhir Sepenuhnya

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan kawasan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ditamatkan semalam.

Manakala PKPD di Pasar Borong Kuala Lumpur, dan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur membabitkan Parcel A dan B, ditamatkan hari ini.

Bagaimanapun PKPD bagi Parcel C ,D, E1,E2,E3 dan F Pusat Bandar Utara, dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Mengenai PKPD di Tahfiz An-Nabawiyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat juga akan ditamatkan PKPD esok.

Manakala PKPD Selayang Baru, Gombak pula Parcel A dan B ditamatkan manakala Parcel C, D, E, dan F atas nasihat Menteri Kesihatan dilanjutkan sehingga 12 Mei.