Koronavirus: KKM Kesan Kluster Baru

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu jangkitan di Kuching, Sarawak, hari ini dengan lebih 37 orang dikesan positif.

Dalam pada itu, 55 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia; 6,353 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan 7 daripada 55 kes itu adalah kes import.

Tiada pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 105 kes sejak semalam.

Kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes, di mana sebanyak 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Sehingga kini, seramai 2 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan, 71 kes telah pulih pada hari ini dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,484 kes.