KUALA LUMPUR | Penyedia khidmat pengiriman makanan dalam talian, Food Panda pada Selasa (5 Mei) mengumumkan waktu operasi baru selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Waktu operasi baru itu menunjukkan penambahan waktu operasi di beberapa negeri berbanding sewaktu PKP Tahap 4.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, waktu operasi baru itu yang bermula hari ini akan dimulai dari 5 pagi sehingga tengah malam mengikut lokasi berdasarkan peraturan pihak berkuasa negeri.
Waktu operasi terbaru itu mengikut negeri adalah seperti berikut:
Lembah Klang (5pg – 11mlm), Johor (8pg – 11mlm), Sarawak dan Kedah (8pg – 7-8mlm), Sabah (8pg – 6-7mlm), Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Perlis (8pg – 8mlm) dan Terengganu (8pg – 7-12mlm).