Hamzah nafi campur tangan pertukaran pegawai-pegawai kanan PDRM

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan beliau campur tangan dalam urusan pertukaran pegawai-pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau, sebarang urusan pertukaran pegawai adalah keputusan majoriti daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.

“Saya adalah pengerusi suruhan jaya perkhidmatan polis, kalaupun ada keputusan yang telah dikeluarkan adalah keputusan suruhan jaya perkhidmatan polis, ” jelasnya.

Beliau mengulas dakwaan wujud campur tangan beliau berhubung pertukaran 71 pegawai termasuk Ketua Polis Negeri yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini seperti diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.