KeAdilan Perak Bimbang Keyakinan Terhadap PDRM Terhakis

Reading Time: < 1 minute

IPOH – KeAdilan Negeri Perak bimbang kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) semakin hilang sejak laporan media yang sering mencalarkan imej dan kredibiliti PDRM.

Menurutnya, laporan kes seorang tahanan yang meninggal dunia selepas sebulan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang harus ditangani sebaik mungkin agar Malaysia tidak dianggap memperlekehkan proses keadilan undang-undang.

KeAdilan memberi contoh proses pengadilan yang dijalankan di Amerika di mana kes kematian George Floyd telah menyaksikan seorang anggota polis telah dijatuhkan hukuman.

“Rakyat semakin jelik dengan pelaksanaan undang-undang antara dua darjat apabila melibatkan kes pematuhan SOP. Kita juga sedar wujud arahan kementerian mahupun campur tangan agensi-agensi lain yang telah merumitkan tugas PDRM sebagaimana disebut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador,” demikian merujuk kenyataan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KAdilan Perak, Farhash Wafa Salvador bin Rizal Mubarak yang diedarkan melalui grup Whatsapp.