Ipoh Berjerebu

Reading Time: < 1 minute

Petang tadi Bandaraya Ipoh dan sekitarnya mengalami cuaca agak jerebu dimana dari kawasan Gunung Rapat tidak lagi dapat melihat menara telekomunikasi di Bukit Kledang, Menglembu.

Kebiasaannya, menara itu akan jelas kelihatan dari mana-mana lokasi antara 12 hingga 15 kilometer jauh. Rujukan di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara berada pada tahap sederhana iaitu bacaan antara 56 hingga 64. Indeks udara yang normal ialah dari 0 hingga 50.

Jabatan Meteorologi pula menyiarkan pengumuman tentang cuaca panas yang melanda negara sepanjang bulan Ogos dan September ini dimana keadaan ini disebabkan perubahan fasa Monsun Barat Daya.