Jalan Bertongkat Tidak Halang MB Perak Hadir Sidang DUN

Reading Time: < 1 minute

SIDANG DUN | Meneruskan tanggungjawab dan amanah rakyat sebagai pemimpin kerajaan walaupun terpaksa jalan bertongkat namun ia tidak menjadi halangan buat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal untuk menghadiri Sidang Dewan Negeri hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal disahkan doktor mengalami jangkitan di kaki kiri dan perlu menjalani rawatan antibiotik.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang dinasihatkan doktor untuk berehat di hospital bagi menerima rawatan.

Namun YAB Menteri Besar dikhabarkan tetap akan menghadiri persidangan hari kedua Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri yang ke-14  esok.

Sidang DUN Perak yang dijadual berlangsung selama tiga hari dipendekkan kepada dua hari selepas Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham mengumumkan perkara tersebut pada awal persidangan.

Persidangan kali ini membentangkan lima surat dewan negeri termasuk laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak berkaitan penambahbaikan urusan pentadbiran dan pengurusan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc).