Jelas Saman Trafik Dengan Diskaun 50% Minggu hadapan

Reading Time: < 1 minute

Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan selama 3 hari berturut-turut minggu hadapan iaitu pada 29, 30 dan 31 Januari 2019 bertempat di perkarangan Pejabat Polis Daerah Ipoh, di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Program akan diadakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut sumber, semua jenis saman yang layak mendapat diskaun 50% adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan. Pihak IPD Ipoh menyediakan diskaun sehingga 50% untuk bayaran saman kemalangan tahun semasa, samana berstatus NC (tidak boleh dikompaun), saman dalam perbicaraan, berstatus mahkamah, saman Op Selamat tahun semasa, saman melibatkan lori muatan bahaya, memotong di lorong kecemasan dan memotong barisan.

Bagaimanapun, untuk memudahna dan mencepatkan urusan, orang ramai digalakkan untuk pergi ke mana-mana kaunter Trafik daerah terdekat terlebih dahulu untuk membuat semakan saman yang layak mendapat diskaun.

Pembayaran saman adalah dalam bentuk tunai sahaja. Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menjemput semua datang beramai-ramai untuk merebut peluang keemasan ini.

Berikut kadar diskaun yang telah ditetapkan bagi jumlah saman;

1) RM 300.00 > RM 150.00
2) RM 250.00 > RM 130.00
3) RM 200.00 > RM 100.00
4) RM 150.00 > RM 80.00
5) RM 130.00 > RM 70.00
6) RM 120.00 > RM 60.00
7) RM 110.00 > RM 60.00
8 ) RM 100.00 > RM 50.00
9) RM 80.00 > RM 50.00
10) RM 50.00 > RM 50.00
11) RM 40.00 > RM 40.00
12) RM 30.00 > RM 30.00

Sumber: Dari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen PERAK