Kerajaan Tidak Pernah Melantik Mana-mana Agensi Jalankan Imunisasi

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk melaksanakan imunisasi rumah ke rumah terhadap COVID-19.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam satu kenyataan, menasihati semua pihak agar berhati-hati terhadap taktik terkini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada situasi COVID-19 semasa.

“Jangan benarkan sesiapa sahaja memasuki rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi),” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Malaysia akan ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan seluruh negara dari 18 Mac hingga 31 Mac, 2020, berikutan wabak COVID-19.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia perintah sedemikian dikuatkuasakan.

Perintah itu dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.