Kerajaan Umum Pakej Bantuan PERMAI

Reading Time: < 1 minute

Kerajaan mengumumkan memberi suntikan bantuan sebanyak RM15 bilion dalam pakej bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia atau PERMAI.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di media tempatan dan platform sosial petang ini.

Dalam pakej itu, bayaran fasa akhir BPN 2.0 akan dipercepatkan dan penerima akan menerima bayaran selewatnya pada 21 Januari 2021.

Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), isi rumah yang berpendapatan sehingga RM5,000 akan menerima RM300 manakala individu bujang yang berpendapatan sehingga RM2,000 akan menerima sebanyak RM150.
Kerajaan juga mengumumkan akan menyediakan pakej bakul makanan bernilai RM100 kepada isi rumah yang layak.