Kerjasama Dengan Bersatu Hanya Khabar Angin – Zahid

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ura-ura mengatakan UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu hanya khabar angin.

Beliau dilaporkan berkata demikian kepada portal Malaysiakini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini di ibu pejabat parti di sini malam ini.

Malah, beliau dilaporkan berkata perkara itu tidak dibincangkan di dalam mesyuarat itu.

Khabar angin mengenai kerjasama antara beberapa parti pembangkang dengan Bersatu timbul awal minggu ini selepas seorang ahli Majlis Tertingginya, Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan rakaman audio ucapan Zahid yang didakwa dirakam semasa mesyuarat Muafakat Nasional (kerjasama UMNO dengan PAS) yang meyakinkan pemimpin parti agar bekerjasama dengan Mahathir.

Khabar angin bertiup kencang apabila PAS dan UMNO akan membentuk gabungan yang lebih besar bersama Bersatu bagi membentuk kerajaan meninggalkan DAP, PKR dan Amanah kembali sebagai pembangkang.

Raja Petra Kamaruddin

Blogger Raja Petra Kamaruddin malah membuat perhitungan gabungan Bersatu bersama UMNO, PAS, Warisan, GPS, sebahagian PKR dan calon Bebas akan mencukupi jumlah kerusi 121 dan gabungan PKR, DAP, Amanah dan sebahagian yang lain tinggal 101 kerusi menjadikan mereka kembali sebagai pembangkang.