Khidmat Zainol Fadzi Sebagai Penasihat Khas Dikekalkan

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Lanjutan dari pelantikan semula Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak, khidmat Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Penasihat Khas Menteri Besar yang disandangnya sebelum ini dikekalkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.

Dato Zainol Fadzi (kanan) menerima watikah pelantikn semula sebagai penasihat khas dari Menteri Besar Perak

Tambah kenyataan itu, Zainol Fadzi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri selama 20 bulan sebelum ini dan
Menteri Besar memutuskan bahawa khidmat ADUN Sungai Manik itu perlu dikekalkan.

Menteri Besar yakin dan percaya, Zainol Fadzi akan terus memainkan peranan yang berkesan dalam membantu jentera pentadbiran kerajaan negeri untuk menghadapi pelbagai cabaran sosial dan ekonomi akibat ancaman kesihatan awam susulan pandemik virus SARS-CoV-2.