Koronavirus: 3 Kematian, 54 Sembuh dan 57 Kes Baru Direkod

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang media harian di sini hari ini mengumumkan sebanyak 57 kes baru koronavirus direkodkan manakala kes yang sembuh dan dibenarkan pulang sebanyak 54.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes koronavirus di Malaysia ialah 5,482. Jumlah yang masih aktif dan sedang dirawat pula ialah 2,041. Dengan jumlah keseluruhan yang telah sembuh 3,349, ini menandakan peratusan sembuh berbanding jumlah kes telah meningkat kepada 61.09&.

Dr Noor Hisham berkata, dari 57 kes baru itu, 18 adalah dikesan berkaitan dengan warga negara Malaysia yang baru pulang dari luar negara. Selebihnya adalah kes penularan tempatan. Sebanyak 43 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif manakala 27 darinya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, terdapat 3 kematian direkodkan hari ini.