PKPD Terbaru Diisytihar Sekitar Pasar Borong Selayang

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kerajaan hari ini telah mengumumkan satu lagi kawasan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di bahagian pusat bandar utara berdekatan Pasar Borong Selayang.

Dengan perintah terbaru itu, penduduk di kawasan tersebut akan tertakluk kepada perintah supaya sentiasa berada di rumah bermula 20 April hinggga 3 Mei 2020.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun PKPD dilaksanakan, ia tidak termasuk Pasar Borong Selayang dan pasar itu akan terus dibuka seperti biasa.

Terdapat 8 kawasan yang disebut parsel yang tertakluk di bawah PKPD tersebut iaitu:

  • Parsel A: Jalan 6/3A
  • Parsel B: Jalan 6/3A dan 9/3A
  • Parsel C: Jalan 2-3A
  • Parsel D: Jalan 2-3A (jalan ini adalah sama dengan Parsel C tetapi demikian seperti yang disebut oleh Ismail Sabri tanpa membuat pembetulan)
  • Parsel E1: Taman Seri Murni Fasa 2 Jalan 1-2D
  • Parsel E2: Taman Seri Murni Fasa 1 Jalan 1-2D
  • Parsel E3: Taman Seri Murni Fasa 3 Jalan 1-2B
  • Parsel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar