Koronavirus: 47 Kes Baru, 44 Sembuh

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 47 kes baru positif koronavirus dan 44 kes telah sembuh setakat tengahari tadi. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 6,941 dan jumlah yang telah sembuh ialah 5,615.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 47 kes baru, 21 adalah kes import, 17 kes melibatkan warga asing.

Peratusan sembuh sehingga kini mencecah 80.9% dari jumlah keseluruhan kes positif. Bagaimanapun, masih terdapat 1,213 kes yang masih aktif dan sedang dirawat di dalam negara. !3 darinya dirawat di Unit Rawatan Intensif manakala 6 memerlukan alat bantuan pernafasan. Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikannya kekal 113.