Koronavirus: 88 Kes Baru, 121 Pulih

Reading Time: < 1 minute

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini mengumumkan sebanyak 88 kes baru positif koronavirus direkodkan manakala 121 telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah sebanbyak 5,691 dan sebanyak 3,663 dari jumlah – iaitu 64.3% dari jumlah itu telah sembuh. Jumlah peningkatan harian juga kekal pada 2 digit sejak 8 hari berturut-turut.

Beliau turut mengumumkan kes aktif yang sedang dirawat adalah sebanyak 1,932 di mana 41 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif dan 18 darinya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Namun terdapat 1 kes kematian dilaporkan melibatkan seorang lelkai warga negara Malaysia berumur 61 tahun. Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan di Malaysia akibat koronavirus adalah sebanyak 96. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes podsitif warga negara Malaysia yang pulang dari Indonesia. Beliau juga mempunyai sejarah penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.