Koronavirus: Kes Kembali Meningkat Ke 3 Angka

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Jumlah kes positif koronavirus kembali meningkat ke 3 angka selepas Kementertian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat 172 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan ialah 7,417.

Jumlah yang sembuh hari ini ialah 34 menjadikan keseluruhan kes sembuh sehingga kini sebanyak 5,979.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes positif direkodkan di kalangan warga asing dan hanya 8 melibatkan warga tempatan. Kebanyakan kes dikesan di Depo Tahanan Imigresen yang menempatkan pendatang asing tanpa dokumen di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Terdapat 8 kes dirawat di Unit Rawatan Intensif manakala 4 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. Tiada kematian dilaporkan hari ini.