Penjawat Awam Negeri Perak Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Semua kakitangan pentadbiran kerajaan negeri Perak akan menerima bantuan khas Kewangan Aidilfitri 2020 sebanyak RM1,000 seorang, menurut pengumumna oleh Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu semasa taklimat khas Pakej Rangsangan ekonomi negeri Perak Fasa Ke-2 di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan kewangan khas tersebut adalah tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua kakitangan di atas kerja keras dalam membantu rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bantuan khas ini akan mula dibayar bermula hari ini (20 Mei).

Beliau menambah semoga bantuan khas itu sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan beban kakitangan kerajaan negeri yang terkesan akibat pelaksanaan PKP susulan pandemik Covid-19.

Beliau menasihati supaya bantuan tersebut dibelanjakan sebaik-baiknya dan dapat membantu peniaga-peniaga kecil di seluruh negeri Perak mendapat pulangan.

Menyebut tentang kelonggaran sektor perniagaan makanan negeri, beliau berkata kerajaan membenarkan peniaga untuk membenarkan pelanggan makan di dalam premis tetapi ia terpualgn kepda pemilik perniagaan itu sendiri sama ada mereka mahu berbuat demikian atau masih mahu kekal dengan kaedah sekarang iaitu beli dan bawa pulang.