Koronavirus: Tiada Kes Baru Libatkan Warga Negara Malaysia

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di sini hari ini menyatakan tiada kes koronavirus baru yang melibatkan warga tempatan sehingga 12 tengah hari tadi.

Namun kes baru yang dilaporkan adalah sebanyak 15 kes di mana kesemuanya melibatkan warga asing.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,587 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 289 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan hospital,” menurut Dr. Noor Hisham.

Bagaimanapun, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang merupakan warga negara Malaysia.

Kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumah kes kekal pada 121, iaitu 1.41% dari jumlah keseluruhan kes positif.

Jumlah kes sembuh dan dibenarkan pulang adalah sebanyak 21. Ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 8,177 dengan kadar kesembuhan adalah 95.23%.

Manakala 2 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif.