Ku Li Dakwa Kerajaan PN Tak Sah

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Pengerusi lembaga penasihat Umno Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah hari ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional yang berkuasa bukan kerajaan yang sah.

Veteran Umno itu juga turut mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan perdana menteri yang sah.

“Saya di sini hari ini berkongsi platform dengan (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) semata-mata kerana saya ingin memastikan kita mempunyai kerajaan yang sah.

“Kerajaan yang kita miliki hari ini bukanlah kerajaan yang sah. Perdana menteri yang memegang jawatan hari ini bukan perdana menteri yang sah,” kata anggota Parlimen Gua Musang semasa sidang media bersama dengan Dr Mahathir di sini hari ini.

Beliau ditanya jika beliau bersedia menghadapi tindakan disiplin oleh Umno, Tengku Razaleigh menjawab: “Apa tindakan disiplin?

“Semua orang boleh menyokong siapa sahaja yang mereka mahu, “katanya.