LIVE: Lautan Manusia Di Taman Tema MAPS Hadiri Jamuan Aidilfitri

Reading Time: 3 minutes

5:41 ptg: Faizal Azumu atau Peja membuat pengumuman khas bahawa Jamuan Hari Raya disambung sehingga jam 8 malam. Ini kerana menurutnya ramai lagi rakyat Perak yang mungkin masih terkandas di jalanraya kerana trafik yang agak sesak menuju ke MAPS.

5:33 ptg: Antara artis jemputan yang membuat persembahan ialah Zamani Slam, Jamal Abdillah dan M. Nasir

5:04 ptg: MB Ahmad Faizal naik ke pentas selepas dijemput oleh pengacara Wahid dan Hamdan Senario. “Saya rasa terlampau seronok, teruja, tak sangka ini adalah Hari Raya yang paling meriah dalam hidup saya,” kata Peja kepada tetamu. MB sempat menyanyi sekerat lagu Hari Raya

4:26 ptg: Difahamkan tiada sidang media dijalankan. MB Perak membuat lawatan bersama isteri, Dr. Nomee Ashikin memakai pakaian merah sedondon.

3:57 ptg: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan sidang media dalam beberapa minit lagi.

3:41 ptg: Rakyat dari berbagai bangsa keturunan dan agama serta pelbagai peringkat usia, dari kanak-kanak hingga warga emas dapat dilihat turut bersama-sama meraikan jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri

3:34 ptg: Majlis Jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri Perak di Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS), Meru petang ini menerima kunjungan luarbiasa ramai. Begitu ramai rakyat jelata turut hadir memenuhi undangan untuk sama-sama menikmati juadah hingga agak sukar untuk bergerak bebas di dalam kawasan taman tema ini.

Majlis bermula pukul 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang nanti. Kepada yang masih belum pergi, sila datang cepat!!!

Foto-foto disediakan oleh kru Independent, Kusyerie.