Muatan Berat Terlucut Dari Treler, Dua Maut

Reading Time: < 1 minute

KUALA KANGSAR | Sebuah lori treler yng membawa muatan berat iaitu tiang konkrit terlucut dari kenderaan itu dan menyebabkan dua orang maut di kilometer 257 Lebuhrya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar malam tadi.

Beberapa tiang konkrit yang dibawa di atas treler berkenaan terjatuh di atas jalanraya dan terpelanting ke laluan bertentangan. Beberapa kenderaan yang melalui kedua-dua arah lebuhraya tersebut turut mengalami kemalangan akibat perlanggaran dengan tiang konkrit itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, dua lelaki maut dan setakat ini dua wanita cedera membabitkan sebuah kereta.

“Terdapat beberapa kenderaan terbabit kemalangan disebabkan perlanggaran dari arah belakang tiang konkrit yang menghempap kenderaan pertama,” menurut seorang jurucakap dari pihak Bomba.

Menurutnya lagi, mangsa yang maut tersepit di dalam kereta manakala wanita yan cedera telah dikejarkan ke hospital dengan ambulan.

Setakat berita ini ditulis, jumlah sebenar mangsa kemalangan masih belum dapat dipastikan.