Mujahid Harap Tiada Lagi Persoalan Siapa Calon PM9 PH

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) berharap tidak ada lagi persoalan tentang pendirian yang diputuskan parti itu dan DAP yang telah mencapai kata sepakat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

“Kami sepakat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memimpin jentera pilihan raya dan calon PM ke 9 ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Harapan menang,” katanya.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Haji Mujahid Yusof Rawa yang menegaskan demikian namun berkata, AMANAH masih terbuka kepada mana-mana pihak untuk bersama dengan AMANAH dalam menyetujui ketetapan itu.

“Saya berharap tiada ada lagi persoalan tentang pendirian AMANAH dan DAP kerana itu telah jelas kami dah sepakat calon PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami masih terbuka kepada mana-mana pihak untuk bersama dengan kita dengan syarat mereka menerima agenda reform yang kami perjuangkan,” katanya kepada Independent selepas Program Bengkel ‘Online Your Bussiness MasterClass’ di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat pada Ahad. Hadir sama Adun Sungai Rapat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau turut menegas supaya demokrasi dipulihkan dengan segera daripada darurat yang ada.

“Negara memerlukan kesembuhan daripada apa yang telah dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) selama hampir setahun, katanya yang juga Ahli Perlimen Parit Buntar.

Ditanya isu semasa politik mutakhir ini, beliau berpendapat PN kini semakin terdesak dan yang paling asas rakyat kena tahu yang mereka tiada majoriti dan sebab itulah mereka buat darurat.

“Dia buat darurat sebab dia tiada majoriti dan kami tidak boleh bersidang … semua ahli Parlimen dah suntik (vaksin) dua kali, apa masalah .

“Kalau stadium, sekolah, panggung wayang boleh buka program-program dibenarkan kenapa kami ahli Parlimen tidak boleh (bersidang)” soal beliau.

Mujahid menambah bahawa kesan daripada darurat ialah semua perbelanjaan kerajaan tidak perlu lagi dibentangkan di parlimen dan tiada semak dan imbang ke mana dan bagaimana wang dibelanjakan.