N. Sembilan Tawar Imbuhan Pemberi Maklumat Aktiviti Pembuangan Sisa Kimia

Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN | Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang terbabit dalam pembuangan sisa kimia secara haram, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengawal pembuangan sampah haram, yang menjejaskan Sungai Anak Air Garam dan anak sungai Sungai Belihoi tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan kerajaan negeri Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM300,000 untuk membersihkan sisa kimia yang mengalir ke Sungai Anak Air Garam dan Sungai Belihoi walaupun kejadian itu tidak menyebabkan pencemaran kawasan tadahan.