Netizen Kecam Aksi ‘Tak Beradab’ Bergambar Dengan Piala

Reading Time: < 1 minute

Netizen hari ini mengecam aksi Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Hasnul Zulkarnain yang bergambar dengan piala yang dimenangi pasukan bolsepak Perak baru-baru ini yang dianggap ‘tidak beradab’.

Tindakannya yang memuatnaik foto-foto beliau mengusung piala itu ke sana ke mari seolah-olah piala itu milik peribadi menimbulkan kemarahan penyokong pasukan The Bos Gaurus.

Dalam satu hantaran, menunjukkan belia meletakkan piala dicelah kelangkangnya semasa duduk beristirehat di tepi kolam mandi. Dalam satu lagi foto, beliau meletakkan piala di tengah meja makan dengan bungkusan makanan mi segera di ruang makan dalam bilik hotel. Setelah menerima kecaman peminat, kedua-dua foto ini sudah tidak kelihatan lagi di laman sosial peribadi beliau.

Hari ini, beliau membuat hantaran siri foto yang diambil dari atas sebuah bas dengan memegang piala itu dan menunjukkan kepada pengguna lalulintas yang tidak begitu kelihatan di pekan Parit Buntar.

Laman sosial Seladang Fan Club turut berkongsi siri foto dari atas bas tersebut sambil menegur agar kesilapan yang dilakukan patut dijadikan pengajaran.

Tiada pemain Perak kelihatan berada di atas bas bersama beliau.

Hari ini sudah 3 hari perlawanan akhir itu berlangsung dan orang ramai sudah sibuk bekerja dan melakukan aktiviti seharian.

Beliau telah memuatnaik satu video memohon maaf kepada peminat atas kesilapannya membuat aksi yang tidak sepatutnya itu dan memnita orang ramai yang berkongsi foto-foto tersebut di laman sosial dikeluarkan.

Sepatutnya perarakan menjulang piala ini dilakukan sebaik pasukan Perak pulang dari Shah Alam tempohari kerana pada waktu itu kehangatan mengecapi kejuaraan masih dirasai.