Nin’s Cabin Beri Nilai Tambah Produk Pelancongan Makanan di Bandaraya Ipoh

Reading Time: 2 minutes

Jika dahulu, penggemar makanan ‘fast food’ tidak banyak pilihan kecuali berkunjung ke restoran francais jenama Barat seperti McDonald’s, Pizza Hut, KFC, A&W, Subway dan sebagainya, hari ini trend menjamu selera sudah banyak berubah.

Kini, sudah banyak restoran ala-Barat yang diusahakan oleh anak tempatan dengan jenama sendiri berjaya menandingi atau bersaing dengan restoran francais Barat yang sudah bertapak lama di negara ini. Restoran yang berkonsep fine dining tidak kurang mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan di kalangan golongan muda dan mereka yang berkeluarga. Di Ipoh, kewujudan restoran sebegini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Terletak di pusat komersial Bandaraya Ipoh, Nin’s Cabin merupakan satu lagi restoran yang sedang mengukir nama di bibir kalangan penggemar masakan ala Western.

Mula beroperasi sejak Mac 2018, Nin’s Cabin adalah hasil kerja keras Encik Rafi dan adik-beradiknya.

Beralamat di No. 13, Jalan Tun Sambanthan, Nin’s Cabin memulakan perniagaan dari jam 11 pagi sehingga 10.30 malam kecuali tutup hari Ahad. Hanya pada Sabtu sahaja perniagaan bermula dari jam 5 petang.

Hidangan masakan oleh chef profesional di Nin’s Cabin bukan saja menyelerakan, malah harganya juga berpatutan.

Sado Steak Salad

Antara menu yang mendapat sambutan hangat ialah “Jumbo Devon Fish N Chip” yang dihidang bersama onion ring, kentang goreng dan salad dan daging batang pinang “Sado Steak Grill” dan “Sado Steak Salad” dihidang bersama kentang rebus, timun, tomato, capsicum dan salad, lamb chop, chicken chop dan burger. Selain itu terdapat pelbagai pilihan masakan untuk penggemar pasta dari spageti Carbonara, Cheese, Bolognese, Aglio dan Tomyam.

Minuman jus buah yang enak dan sihat dari buah-buahan sebenar di Nin’s Cabin dinikmati dari gelas bersaiz gergasi membuatkan pelanggan minum sehingga sendawa.

Menurut Cik Hidayah, salah seorang pengusaha bersama restoran, keunikan Nin’s Cabin ialah kesemua jenis ramuan sos di Nin’s Cabin dibuat sendiri secara ‘homemade’, bukan ramuan yang sedia ada dari botol.

Selain masakan western, Nin’s Cabin juga menyediakan masakan nasi goreng pelbagai citarasa mengikut selera pelanggan dengan hidangan yang bersaiz padat membuatkan si pemakannya kenyang sebelum habis.

Nin’s Cabin dilihat mampu menambah kepelbagaian citarasa masakan dan memberi nilai tambah kepada produk pelancongan makanan khususnya di bandaraya Ipoh yang memang sudah terkenal sebagai destinasi pelancongan makanan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan enak di Nin’s Cabin, anda boleh melihat-lihat dahulu pelbagai menu yang disediakan di laman Facebook Nin’s Cabin

Ulasan Editor

  • Masakan
  • Servis
  • Harga
  • Lokasi
4.1

Rumusan

Secara keseluruhan, masakan yang disediakan agak memuaskan dari segi kualiti dan citarasa. Ini berdasarkan 2 hidangan yang dicuba iaitu Sado Steak Salad dan Devon Fish N Chip sahaja, tidak termasuk hidangan lain. Dihidangkan masih panas dari dapur. Servis juga agak memuaskan tetapi pelanggan perlu membayar di kaunter di bahagian dalam selepas makan. Boleh bayar secara tunai atau guna app dari telefon pintar tetapi tiada Wifi hotspot disediakan. Harga amat berpatutan dan pelanggan dijamin akan rasa berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan. Lokasi terletak di tengah pusat bandar menjadikan ia agak sesak pada waktu pejabat tetapi agak mudah mencari parkir selepas pukul 6 petang.