Pakatan Harapan negeri Perak hari ini berkata akan akan merizabkan hak undang-undang untuk mencabar keputusan memilih Dato’ Mohd Zahir bin Khalid sebagai Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Menurutnya, pemilihan itu adalah tidak sah di sisi undang-undang Yang Di-Pertua Dewan sebelum meletakkan jawatan, Datuk Ngeh Koo Ham telah mengisytiharkan persidangan Dewan ditangguhkan kepada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan.
“Jelas menyalahi undang-undang, bercanggah dengan perkara 4 Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan tanpa proses penamaan calon dari anggota Dewan adalah tidak sah,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Harapan Perak menegaskan sebarang pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri mesti mematuhi Perlembagaan Negeri & Perintah Tetap iaitu setelah timbul kekosongan jawatan Speaker, notis sekurang-kurangnya 7 hari wajib dikeluarkan kepada semua anggota Dewan untuk penamaan calon Speaker yang baru.
“Jelas kerajaan PN gagal mematuhi kehendak undang-undang dan oleh itu pemilihan sedemikian tidak sahihi di sisi undang-undang,” kenyataan itu dipetik.
Kenyataan itu dikeluarkan melalui Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Perak, V. Sivakumar.