Pangku Jawatan Menteri Pendidikan Hanya Untuk Sementara – Tun M

Reading Time: < 1 minute

LANGKAWI | Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan berhenti sebagai Menteri Pendidikan sementara apabila orang yang sesuai telah ditemui untuk mengambil alih jawatan itu.

Perdana Menteri berkata beliau bertindak dalam kapasiti itu secara sementara.

“Apabila seseorang dipilih untuk mengambil alih, saya akan melepaskannya, ia hanya sementara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada majlis penutupan Royal Langkawi International Regatta 2020 di sini malam tadi.

Beliau memberitahu bahawa menteri baru itu akan dipilih dari Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan kelmarin berkata Kabinet pada hari Rabu (8 Jan) memutuskan bahawa Dr Mahathir akan bertindak atas kapasiti itu mulai 3 Jan, sehingga menteri pendidikan berikutnya dilantik.

Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pelajaran pada 3 Jan selepas memegang jawatan selama 20 bulan.

Facebook Comments