Paras Air Empangan Muda Di Bawah Tahap Normal

Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN | Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memberi amaran paras air Empangan Muda, Kedah kini berada pada tahap kritikal dan tidak lagi mampu menyokong paras air Sungai Muda ketika musim kemarau.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata ini kerana kapasiti 160 bilion liter air Empangan Muda dilaporkan hanya berada pada tahap 7.44 peratus pada Khamis.

Beliau berkata paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang dilaporkan pada 1.77 meter pada Khamis. Paras normal sungai tidak kurang dari 2.0 meter.

 

– Bernama. Foto oleh Buletin Mutiara