Paul Yong Dibicara 11.11

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Perbicaraan kes rogol pembantu rumah membabitkan pengerusi majlis mesyuarat kerajaan negri, Paul Yong Choo Kiong akan bermula 11 November ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Norashima Khalid menetapkan tarikh itu hari ini semasa sebutan semula kes itu di sini hari ini.

Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ‘Tronoh sebelum ini didakwa merogol pembantu rumahnya di dalam sebuah bilik di rkediamannya di Meru Desa Park, antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan namun mengaku tidak bersalah pada 23 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman, manakala Yong diwakili peguam bela Ram Karpal Singh dan disertai Farhan Sapian, ADUN Malim Nawar Leong Cheok Keng dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Ram Karpal memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan semula sebelum perbicaraan kerana pihaknya baru menerima 47 dokumen forensik dan saintifik serta kemungkinan akan mendapatkan khidmat pakar persendirian untuk mengkaji semua dokumen itu.

Norashima kemudian menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.