Pelan Promosi TMM2020 Distruktur Semula

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kempen dan pelan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM 2020) akan distruktur semula ekoran ancaman koronavirus.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohamadin Ketapi yakin, sasaran menarik 30 juta pelancong asing ke negara ini, dengan perbelanjaan pelancong mencecah RM100 bilion masih mampu dicapai.

Fokus diberi kepada pasaran negara baharu di Eropah, Australia, Rusia, Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Timur.

MOTAC turut merangka strategi “Quick Win” untuk pasaran jarak dekat negara-negara Asean sebagai kempen alternatif untuk pemulihan industri pelancongan negara.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan di Putrajaya.

Katanya, Tourism Malaysia turut merancakkan lagi promosi Cuti-Cuti Malaysia bersama pemain industri bagi mengukuhkan pelancongan domestik.

MOTAC juga sedia mengadakan perbincangan intensif dengan Malaysia Airlines, Malindo dan Air Asia untuk menerokai laluan penerbangan baharu.

– dari Berita RTM