Portal UMNO Online melaporkan, Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari melihat pelbagai insiden yang melanda ketika pemilihan PKR termasuklah kehadiran pihak berkuasa serta pelbagai dakwaan lain seperti kewujudan pengundi hantu menunjukkan apa yang diperkatakan kepada kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sebelum ini terpalit ke muka mereka.
Menurut laporan itu lagi, Azhari mendakwa kekecohan serta pelbagai dakwaan lain oleh kalangan pimpinan mereka sendiri menunjukkan parti terbabit mula dihinggapi dengan pelbagai unsur yang tidak sihat sekaligus menjadikan parti tersebut penuh dengan kontroversi.
“Jika itulah yang dikatakan reformasi untuk pengundian, kita nak tanya. Apakah itu benar-benar demokrasi dan reformasi tulen apabila penuh dan terpalit dengan kontroversi. Gaduh sana…gaduh sini hingga terpaksa memangil pihak berkuasa dan ada pula kata wujudnya pengundi hantu dengan kenaikan mendadak pengundi.</spa
“Nampaknya segala tohmahan dan segala yang diperkatakan kepada BN sebelum ini terpecik ke muka mereka… bak kata pepatah ‘tepuk air di dalam dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri’,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Portal itu juga memetik ciapan Twitter Pengerusi BERSIH 2, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengkritik bahawa PKR akan kehilangan moral jolokan sebagai reformis kerana gagal menjalankan proses pemilihan yang bersih dan adil.
Turut mendapat perhatian portal itu ialah tindakan calon Ketua Cabang PKR Selayang, Gan Pei Nei yang membuat laporan polis di IPD Gombak susulan dakwaan kehadiran pengundi hantu di pemilihan cabang itu sebelum ini yang dipercayai orang awam diupah untuk mengundi calon bertanding dan membuat kacau semasa pemilihan berlangsung.
Azhari menambah adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila parti yang cukup hebat dan cukup lantang dalam memperkatakan soal demokrasi, namun apabila melibatkan parti sendiri sebaliknya pula yang berlaku.
membuat kacau semasa pemilihan berlangsung.
Azhari seterusnya menambah adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila sebelum ini parti itu cukup hebat dan cukup lantang dalam memperkatakan soal demokrasi dan sebagainya, namun apabila melibatkan parti sendiri sebaliknya pula yang berlaku.
“Mungkin ini baru permulaan dan ini mungkin akan terus berlanjutan. Perjuangan untuk rakyat entah menjadi keutamaan yang ke berapa apatah lagi dalam melunaskan segala janji dan segala harapan setelah mengambil alih kerajaan menerusi Pakatan Harapan (PH),” ujarnya yang dipetik dari UMNO Online.