Keputusan RASMI SPR Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Semenyih
Jumlah Peti Undi: 120/120
BN – 19,780
PH – 17,866
Bebas – 725
PSM – 847
Majoriti Undi – 1,914
73.24 peratus pengundian
Seperti yang aku tulis sebelum ini di sini, walaupun aku tak meramal, tapi nampaknya kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil Semenyih benar-benar menjadi kenyataan.
Aku cuma menulis jika PH kalah, aku senaraikan punca-punca yang boleh menjadi penyumbang kepada kekalahan PH di Semenyih. Kemungkinan-kemungkinan itu walaupun cuma pendapat aku saja, tapi dengan terbuktinya PH telah tersungkur di Semenyih, ia boleh menjadi kemungkinan yang nyata.
Maka, PH perlulah mmbuat postmortem kenapa boleh kecundang mencium tanah Semenyih. Calon PH nampaknya tidak memberikan keyakinan untuk pengundi memilihnya. Dengan janji-janji yang tidak masuk akal boleh membuatkan rakyat Semenyih terfikir kembali bagaimana janji yang telah ditabur dahulu belum dilunaskan ini nak menabur janji baru pula.
Dari sudut politik, ia merupakan satu tamparan hebat kepada PH dan ia agak memalukan. Tetapi jika difikirkan demi kebaikan rakyat, sememangnya lebih baik ada check and balance dalam Dewan Undangan Negeri supaya Dewan tidak dimonopoli oleh sesebuah parti dan bertindak sewenang-wenangnya.
Cukup untuk ketika ini. Waktu aku menulis rencana ini, aku sedang menghadap video siaran langsung melihat penyokong-penyokong BN merayakan kemenangan di jalanan sambil menyanyi lagu patriotik. Aku rasa sedikit puas melihat kemenangan BN di Semenyih, bukan kerana aku penyokong BN, tapi kerana sekali-sekala pemimpin PH perlu diberikan ‘wake up call’ atau disedarkan dari lamunan. Jangan suka berfoya-foya menghabiskan wang
pergi melancong ke luar negara tetapi rakyat yang hidup susah memohon bantuan itu ini terpaksa melalui berbagai
karenah birokrasi dan dijadikan seperti peminta sedekah. – Kulup Lembang
Rencana di atas tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Independent