Piala Malaysia Unifi 2018: Terengganu Kecewakan JDT Untuk Layak Ke Akhir

Reading Time: < 1 minute

Terengganu layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim dengan agregat 3-2 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Terengganu ketinggalan 1-0 dalam separuh masa pertama selepas JDT mendapat sepakan penalti. Fernando Marquez menyempurnakan sepakan untuk menyumbang  gol pertama manakala Gonzalo Cabrera menambah gol kedua di separuh masa kedua untuk JDT.

Terengganu bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil jaringan Tchetche Kipre yang menggegar jaring gol JDT. JDT berhempas pulas mencari gol untuk kembali mendahului tetapi gagal. Pasukan kelolaan Irfan Bakti bermain secara bertahan menyekat kemaraan pemain JDT. Sebaik Ashaari Samsuddin dimasukkan, rentak permainan Terengganu berubah apabila mula menyerang kembali ke kubu lawan. Terengganu menambah keyakinan untuk mara ke perlawanan akhir pada minit ke 91 apabila gerakan Ashaari melorongkn bola kepada Tchetche Kipre di dalam kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol JDT Mohd Farizal Marlias untuk mengubah kedudukan kepada 2-2. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terengganu layak ke perlawanan akhir dengan agregat 3-2 menanti pemenang perlawanan antara Perak dan Sabah esok. Perak mempunyai peluang cerah kerana sedang mendahului Sabah 5-0 dalam perlawanan pertama di Ipoh pada 7 Oktober lalu.