Polis Tahan Beberapa Netizen Buat Komen Menghasut Terhadap Raja

Reading Time: < 1 minute

Foto Bernama

Komen-komen tidak beradab dan mengundang sentimen kebencian terhadap Yang DiPertuan Agong oleh warga net di media sosial akan disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis.

Pihak polis telah memberi amaran dan hari ini telah menahan seorang lelaki berumur 35 tahun yang membuat hantaran di Facebook menghina Yang DiPertuan Agong.

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Aaron Yee itu akan ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata polis juga merampas beberapa barangan milik lelaki tersebut.

Polis juga memulakan siasatan di bawah undang-undang yang sama terhadap dua pengguna Facebook lain di bawah nama Gavin Lee dan Haizad Azhar kerana membuat komen menghasut tentang Raja.

Huzir berkata polis juga telah melancarkan siasatan terhadap aktivis Fadiah Nadwa Fikri kerana didakwa menghantar kandungan menghasut ke akaun Twitternya pada hari Sabtu.

Fadiah didakwa memanggil orang ramai yang marah dengan pengumuman kerajaan baru untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada malam Sabtu.

“Bagi kesejahteraan dan keharmonian rakyat, kami menggesa orang ramai untuk mematuhi prinsip Rukun Negara yang setia kepada Raja dan negara. Dengan ini, orang harus menahan diri daripada menerbitkan atau mengedarkan bahan yang boleh menyebabkan kerusuhan dan menjejaskan ketertiban awam.