Polis Tahan Enam Disyaki Terlibat Pembunuhan Kejam Gajah

Reading Time: < 1 minute

TAWAU: Enam lelaki berusia antara 48 dan 68 tahun ditahan polis di sini untuk membantu siasatan terhadap pembunuhan kejam gajah di Sungai Udin.

ACP Peter AK Umbuas memberitahu pemberita hari ini bahawa dua suspek adalah anggota keselamatan yang bekerja di ladang untuk menjaga gajah yang memasuki kawasan itu.

Empat daripada suspek ditahan pada tengah malam manakala dua yang lain, yang merupakan pendatang asing tanpa izin, ditahan pada petang ini.

Polis merampas senapang berlesen, tiga pistol buatan sendiri dan sepucuk senapang udara.

Turut dirampas adalah kelonsong dan peluru senapang patah dan pelet senapang udara. Dua dari senapang yang dirampas dipercayai digunakan untuk membunuh gajah tersebut.

Peter berkata gajah itu dipercayai terbunuh pada 23 September pada kira-kira 9 pagi.

Gading gajah ditemui dari salah seorang suspek – seorang petani yang didakwa membantu menyembunyikan gading itu.

Suspek ditahan di bawah Akta Enakmen Hidupan Liar, Akta Senjata Api dan Akta Imigresen.

Sementara itu, Peter juga mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat, yang akan menerima ganjaran RM10,000 yang ditawarkan oleh Jabatan Hidupan Liar, yang membawa kepada penangkapan dan penemuan gading itu.

Sebelum ini tular di medai sosial gajah pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau. Hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru dalam badan haiwan itu.

Sumber dari Borneo Post. Foto dari Sabah Post.