Putrade Allsuites RPGC Perkenal Resipi Warisan Opah Sempena Ramadan

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kedatangan Ramadan yang mulia dijangka tiba tidak berapa lama lagi namun bagi warga Ipoh ramai yang masih tercari-cari lokasi idaman mereka untuk menikmati hidangan istimewa berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan.

Mereka sanggup berbelanja besar asalkan hidangan makanan yang disediakan menepati selera dan berbaloi.

Bagi warga Ipoh, mereka tidak perlu bimbang kerana Hotel Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club (RPGC) di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh pasti tidak akan menghampakan mereka.

Menurut Pengurusnya, Muhammed Ridzuan Nordin,  pihak hotel akan menyajikan masakan makanan kampung paling istimewa buat pengunjung khasnya umat Islam.

Katanya, pihak hotel ini akan memperkenalkan masakan berupa buffet `Resipi Warisan Opah’ dengan penampilan makanan tradisional Melayu.

“Kita menyediakan empat menu makanan istimewa Melayu dengan pelbagai ulam-ulaman selain hidangan kambing bakar.

“Tahun lalu kita telah mengadakan buffet yang serupa untuk majlis berbuka puasa dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Namun kali ini kita menyajikan masakan istimewa lain daripada yang lain dengan memperkenalkan `Resepi warisan Opah’ buat para pengunjung umat Islam,” katanya kepada Independent.my dalam sesi pengenalan Buffet Resipi Warisan Opah di hotel berkenaan pada Selasa.

Majlis itu dihadiri para wakil syarikat perniagaan dan jabatan serta agensi kerajaan negeri.

Menurut Muhammed Ridzuan, harga yang ditawarkan bagi setiap pengunjung ‘walk-in’ yang bukan ahli kelab ialah sebanyak RM70 manakala mereka yang membeli baucer akan mendapat harga RM65, dan yang membeli 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer.

Katanya, pihak hotel juga akan menyediakan dewan solat bagi para pengunjung untuk menunaikan solat tarawih.

Untuk tempahan majlis berbuka puasa di hotel ini, anda boleh menghubungi Encik Muhammed Ridzuan Nordin di talian 012-9603434.