Rizab Malaysia berjumlah AS$103.396b setakat Feb

Reading Time: < 1 minute

Rizab Malaysia kekal tidak digunakan sehingga penghujung Feb 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$103.396 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$33.8 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, termasuk antaranya pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang berjumlah AS$5,298.6 juta,” kata bank pusat itu.

Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$13,108.3 juta pada akhir Februari 2020, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang, kata BNM dalam nota penerangan mengenai “Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Februari 2020” yang dikeluarkan, hari ini.

Bank pusat berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$227.2 juta.

“Tidak ada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat.

-B ernama