SPRM Siasat Penjualan 64 Plot Tanah DBKL

Reading Time: < 1 minute

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sedang menyiasat 64 plot tanah DBKL yang didakwa dijual kepada pihak swasta tanpa tender terbuka semasa era Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilaytah Persekutuan. Nilai kesemuanya RM4.28 bilion. Tindakan terbaru ini ekoran aduan oleh seorang anggota Parlimen.

Aktiviti penjualan tanah tanpa melalui proses yang sepatutnya ini berlaku di antara tahun 2013 hingga awal tahun ini.