Taman Tema MAPS Ditutup Bermula Hari Ini

  • 11
  •  
  •  
Reading Time: < 1 minute

IPOH | Setelah pelbagai versi khabar angin menjadi topik bualan media sosial kepada warga Ipoh beberapa hari lalu, akhirnya Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) sah ditutup bermula hari ini.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, terdapat perbincangan untuk pengambil-alihan pengurusan taman tema tersebut oleh syarikat swasta tapi ia tidak dapat disahkan.

MAPS mula dibuka kepada orang ramai pada 2017. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih negeri Perak, MAPS dibuka secara percuma kepada pengunjung kecuali bayaran hanya dikenakan untuk permainan sahaja.