Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik PM ke-8

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan.

“Duli Yang Maha Mulia telah melantik YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri sejajar dengan artikel 40 (2) (a) dan artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan Istana Negara hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Setelah mendapat representasi semua pemimpin politik yang mengetuai parti masing-masing, serta anggota parlimen Bebas, pandangan Yang DiPertuan Agong adalah bahawa Ahli Parlimen yang mungkin mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat adalah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143). “

Menurut sumber dari istana, upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri akan diadakan pada pukul 10.30 pagi esok di Istana Negara.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak dapat ditangguhkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta,” kata pernyataan itu.

Al-Sultan Abdullah percaya ini adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda berharap bahawa ini akan menamatkan krisis politik, kata Ahmad Fadil.

Istana Negara hari ini menerima senarai calon untuk jawatan PM dari ketua parti politik yang mempunyai anggota di Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen bebas.