MB Perak Tiada Dalam Senarai 114 Menyokong Mahathir

Reading Time: < 1 minute

Perdana Menteri interim, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa mendapat sokongan dari 114 ahli parlimen mendedahkan senarai nama yang menyokong beliau kepada Malaysiakini dan dalam senarai yang diteliti oleh Independent, tidak terdapat nama Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada beliau termasuk dalam senarai yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atau tidak.

Mahathir yakin jumlah itu cukup untuk memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan baru. Beliau akan memohon untuk mempersembahkan senarai nama itu kepada Yang DiPertuan Agong.

Sehingga berita ini ditulis, Ahmad Faizal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan politik terbaru yang menyaksikna Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Muhyiddin dijadualkan akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada esok pagi.