Pertubuhan Kesihatan Sedunia bukan hanya “China sentris,” seperti yang disebut Presiden Trump pada hari Selasa. Ia juga rosak dan dikompromi. WHO jatuh gagal bertindak semasa wabak Ebola 2014 di Afrika Barat, yang telah korbankan lebih daripada 11,000 nyawa. Sekarang tindak balasnya terhadap pandemik koronavirus menunjukkan ia lebih bersedia untuk meletakkan politik lebih utama daripada kesihatan awam. Cara WHO secara konsisten bertindak untuk menenangkan para pemimpin China menjelaskan keperluan untuk reformasi badan itu.
A.S. adalah penyumbang kewangan terbesar kepada WHO-lebih daripada $ 400 juta pada tahun 2019, ketika China menghantar hanya $ 44 juta, menurut Jabatan Negara A.S. Trump mencadangkan supaya A.S. menghentikan sumbangannya sementara pentadbirannya melihat kembali apa yang negara itu dapat dengan wang itu. Trump dan Kongres perlu melihat lebih jauh.
Walaupun Washington membayar, Beijing bekerja di belakang tabir untuk mempengaruhi pemimpin WHO. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, disokong kuat oleh kerajaan China semasa kempennya untuk jawatan itu.
Tedros adalah pilihan kontroversial, dengan tuduhan cuba menutupi wabak kolera di Ethiopia, di mana beliau berkhidmat sebagai menteri kesihatan (2005-2012) dan menteri luar negeri (2012-2016). Selama bertahun-tahun, China melabur di Ethiopia dan meminjamkan berbilion-bilion dolar. Tidak lama selepas memenangi pemilihan WHO, Tedros pergi ke Beijing dan memuji sistem penjagaan kesihatan negara itu: “Kita semua boleh belajar sesuatu dari China.”
Di bawah kepimpinan Tedros, WHO telah menerima pemalsuan China mengenai koronavirus dan membantu memperlihatkan China sebagai dihormati dalam penilaian kesihatan awam.
Pada 14 Jan, sebelum delegasi rasmi WHO melawat China, kumpulan tersebut berkata Beijing mendakwa bahawa “tidak ada bukti jelas penghantaran manusia ke manusia.” Dua minggu kemudian, selepas China melaporkan lebih daripada 4,500 kes virus dan lebih daripada 70 orang di negara-negara lain disahkan dengan virus itu, Tedros melawat China dan memuji kepimpinan negara komunis itu kerana “ketelusan” mereka.
Ingatlah bahawa China menunggu enam minggu selepas pesakit pertama memperlihatkan tanda-tanda di Wuhan untuk memulakan perintah kurungan. Pada masa itu pihak berkuasa China menapis dan menghukum doktor yang cuba memberi amaran, dengan berulang kali menafikan bahawa virus itu boleh ditransmisikan antara manusia, dan mengadakan jamuan awam di Wuhan untuk puluhan ribu keluarga. Dalam pada itu, lebih daripada lima juta orang meninggalkan atau melarikan diri dari Wuhan, menurut Datuk Bandar. Ini termasuk pesakit dengan kes yang pertama yang disahkan positif virus di Amerika.
WHO akhirnya mengumumkan kecemasan kesihatan global pada 30 Januari, selepas hampir 10,000 kes virus telah disahkan. Angka-angka yang dilaporkan oleh China meningkat pada awal Februari kepada lebih 17,000 jangkitan dan 361 kematian, tetapi Tedros menegur Trump kerana menyekat perjalanan dari China dan mendesak negara lain untuk tidak mengikutinya. Tedros berkata penyebaran virus di luar China “adalah minimum dan perlahan.” Ia mengambil masa sehingga 11 Mac untuk WHO mengisytiharkan pandemik. Pada masa itu jumlah kes rasmi di seluruh dunia adalah 118,000 orang di 114 negara.
Pengaruh China juga jelas dalam pengecualian WHO terhadap Taiwan. WHO tidak pernah melayan pertanyaan Taiwan pada Disember tentang sama ada koronavirus itu boleh, bertentangan dengan tuntutan Beijing, ditransmisi antara manusia.
Bulan lalu seorang wartawan TV Hong Kong meminta Bruce Aylward, yang mengetuai Misi Bersama WHO-China mengenai koronavirus, jika organisasi itu akan menimbang semula penyertaan Taiwan ke dalam gabungan WHO. Dr. Aylward, pada sidang video itu, mendiamkan diri selama 10 saat tanpa ekspresi dan pura-pura tidak mendengar soalan yang dikemukakan sebelum wartawan itu memanggilnya lagi: “Hello?”
“Saya minta maaf,” akhirnya dia berkata, “Saya tidak dapat mendengar-saya tidak dapat mendengar soalan anda, Yvonne.”
“Biar saya ulangi soalan itu,” kata wartawan itu.
“Tidak, itu OK. Mari kita berpindah ke soalan seterusnya, ” kata Aylward.
Apabila wartawan itu terus mendesak berkenaan Taiwan, dia memutuskan hubungannya. Wartawan itu memanggil semula dan mencuba taktik yang berbeza: “Saya hanya ingin melihat jika anda boleh memberi komen sedikit tentang bagaimana Taiwan telah lakukan setakat ini dari segi membendung virus itu.”
Jawapannya: “Nah, kita sudah berbincang tentang China, dan, anda tahu, apabila anda melihat semua kawasan yang berbeza di China, mereka sebenarnya telah melakukan kerja yang baik.”
Perbualan itu menunjukkan bagaimana WHO mengutamakan politik berbanding kesihatan awam. Dia telah menginformasikan pandangan Beijing ke Taiwan dan berusaha memuji pemimpin China pada setiap masa. Dan tidak pernah pada bila-bila masa semasa krisis ini, WHO menyiasat dakwaan rejim China mengenai virus itu atau memberi maklumat secara telus mengenai keputusan yang diambil.
Sebagai penyumbang kewangan terbesar kepada WHO, A.S. mempunyai pengaruh untuk mendorong pembaharuan radikal. Kongres sepatutnya memberi syarat terhadap semua pembiayaian masa depan mengenai bagaimana WHO menjelaskan dengan terperinci bagaimana ia mencapai keputusan kesihatan awam dan dengan tegas dan secara bebas menyiasat tahap wabak penyakit.
A.S. harus bekerja dengan agresif untuk mengubah budaya dan kepimpinan WHO. Pentadbiran Trump mengambil langkah awal yang baik pada bulan Januari dengan membuat perutusan khusus di Jabatan Negara memberi tumpuan untuk menentang usaha China mahu mengawal organisasi antarabangsa. Ketua Pengarah WHO seterusnya tidak boleh menjadi ‘rubber stamp’ untuk Beijing.
Sekiranya usaha untuk mengubah WHO adalah tidak berkesan, A.S. mungkin tidak mempunyai pilihan selain menarik diri dan memulakan yang baru. Ini bermakna mewujudkan organisasi alternatif terbuka kepada mana-mana negara yang bersedia mematuhi piawaian ketelusan yang lebih tinggi, tadbir urus yang baik dan perkongsian amalan terbaik. Dunia memerlukan organisasi yang boleh dipercayai untuk menangani masalah kesihatan awam yang melampaui sempadan-jika bukan WHO, maka (perlu ada) sesuatu organisasi yang lain.
Lanhee J. Chen adalah felo di Institut Hoover dan pengarah kajian dasar domestik dalam program polisi awam di Stanford University. Rencana ini diterbitkan di portal Wall Street Journal pada 8 April 2020.