IPOH (15 Feb) | Pasukan Perak menewaskan Kedah 3 – 1 dalam perlawanan Unity Shield di Ipoh malam tadi.
Gol pertama Perak terhasil pada minit ke 4 oleh Shahrul Saad selepas pergelutan di depan pintu gol apabila sepakan sudut dari sebelah kiri pintu gol Kedah.
Shahril Fikri menjaringkan gol kedua pada minit ke 42 selepas menerima hantaran lintang dari pemain import Careca. Gerakan bermula dari bahagian tengah.
Masuk ke babak kedua, Kedah berjaya mendapat gol pertama pada minit ke 68 melalui Kpah Sherman apabila sepakan pemain Kedah ditepis oleh penjaga gol Perak lalu jatuh tepat ke kakinya lalu menyepak bola masuk dengan mudah.
Perak menambah kekecewaan Kedah pada minit ke 77 apabila sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol Kedah diambil oleh Idris Ahmad muntah keluar disambut oleh Careca kemudian menyepak bola masuk dari sebelah kiri pintu gol Kedah.
Kedua-dua pasukan mendapat beberapa peluang keemasan menjaringkan gol tapi dihalang oleh tiang gol. Begitu juga apabila peluang terbuka di depan mata tapi pemain menolak bola terlalu tinggi melepasi gawang.