Tiada Isu `Lompat’ Parti Dalam Konteks Pemuda Perak – Shahril

Reading Time: < 1 minute

Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Shahril Mohamed menegaskan tiada isu `lompat atau menyeberang parti’ dalam konteks pergerakan Pemuda negeri setakat ini.
Katanya, beliau telahpun menemui semua ketua Pemuda bahagian dan mereka perakukan begitu.

“Dalam keadaan sekarang ini mungkin satu dua ahli biasa yang mempunyai kepentingan melompat parti kerajaan sekarang,’’ katanya kepada Independent.my pada Sabtu.

Sentuh mengenai pemilihan parti kali ini, Shahril mendesak pucuk pimpinan atas memberi peluang kepada muka-muka baharu golongan muda untuk menerajui UMNO Malaysia.
“Yang lama-lama ni pada saya dah lah tu….yang umur 70 ke atas, 65 ke atas bagilah peluang kepada orang lain.

“Saya dengar seorang dua pemimpin khusus dari Perak ada menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti.

“Saya akan cakap dalam mesyuarat UMNO negeri nanti ….cukup-cukuplah bagi pada orang lain, ni masih lagi bersemangat….memanglah dia bersemangat tapi pada saya bukan masanya untuk dia berada dalam kapasiti itu….ini pandangan saya,’’ ujarnya. Shahril turut melihat kekalahan parti pada PRU14 baru-baru ini bukan factor kepimpinan negeri tapi kepimpinan pusat maka dengan itu Presiden parti melepaskan jawatan.

Beliau juga menjelaskan dalam kontek negeri Perak UMNO masih berada dalam prestasi yang baik cuma berlaku sedikit kekurangan satu dua tempat sebagainya bukan sebab pemimpin.
“Sebab itu Pemuda tidak mendesak pucuk pimpinan negeri untuk melepaskan jawatan tapi saya tak menghalang sekiranya pucuk pimpinan khususnya pengerusi perhubungan negeri untuk berbuat demikian…saya tak mendesak dan menghalang,’’ kata Shahril.

Beliau menambah apa yang jelas UMNO Perak menang 27 kerusi berbanding nasional.

“Kita yang tertinggi dalam prestasi kerusi pilihanraya cumanya dalam konteks sekarang ni Pemuda sebaik saja kakalahan berlaku segi momentum, Pemuda…Kita sekarang fokus lebih pendekatan kurang bercakap lebih bekerja.

“Kita bukan terus hilang diri, buat kerja di kawasan kita,’’ katanya