Reading Time: < 1 minute
PAS menyatakan tiada seorang pun ahli parlimen dari parti itu menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.
Menurut laporan FMT, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata 18 ahli parlimen PAS kekal menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tengahari tadi, Anwar mengadakan sidang media mendakwa memperoleh sokongan lebih dari cukup untuk membentuk kerajaan baru yang majoriti terdiri dari anggota parlimen beragaama Islam.