Ustaz Nor Azli Musa Meninggal Dunia di Madinah

Reading Time: < 1 minute

Bekas AJK PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa, 52, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Taliban diberitakan telah meninggal dunia di Madinah pagi tadi.

Menurut sumber dari ahli keluarga terdekat, arwah meninggal dunia pada pukul 12.30 malam waktu tempatan atau 5.30 pagi waktu Malaysia. Arwah dalam tempoh mengerjakan umrah bersama keluarga.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Nor Azli menjadi calon PAS di Parlimen Tapah.

Independent mengucapkan taksiiah kepada keluarga allahyarham Nor Azli dan didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.