Warga Tapah Merungut Jalan Sesak

Reading Time: < 1 minute

Warga Tapah merungut kerana simpang masuk ke jalan kecil dari jalan utama di pekan Tapah ditutup sempena perayaan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Ini menimbulkan kesukaran kepada mereka yang melalui jalan itu setiap hari. Ada pekerja penghantaran mengeluh kerana dia perlu menghantar barang pelanggan dalam masa yang pantas, tetapi terpaksa mengharungi jalan raya yang sesak dan melalui jalan yang lebih jauh untuk sampai ke destinasi penghantaran.

Simpang ke jalan yang lebih kecil ditutup sehingga 24hb. Jun ini untuk memberi laluan lancar kepada kenderaan yang bergerak dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Ekoran penutupaan jalan ke simpang-simpang kecil itu, telah mengakibatkan kenderaaan bergerak perlahan ditambah dengan lampu isyarat menyebabkan aliran trafik semakin perlahan.

Antara jalan yang ditutup ialah lampu isyarat menuju ke Bukit Baldwin, jalan di hadapan ibu pejabat polis Tapah menghala ke TF, dan laluan keluar dari masjid jamek Tapah.

Foto kredit orangperak.com